Tentang
IMPI AGROTECH RESOURCES

Syarikat penternakan yang membekalkan daging rusa halal, kelengkapan ternakan, pembinaan kandang moden, dan rumah sembelihan ruminan mengikut piawaian halal JAKIM.

Malaysia

Latar Belakang

Sebelum tertubuhnya syarikat ini, kami telah mula menternak secara hobi dengan memulakan projek penternakan Rusa Timorensis (Cervus timorensis) pada awal tahun 2020.

Peternakan rusa kami mendapat sambutan yang baik dan mempunyai permintaan yang tinggi untuk daging segar dan sejuk beku. Oleh itu kami mula melihat nilai komersial yang ada pada rusa dan sudah mengeluarkan beberapa produk hiliran berasaskan daging rusa.

Syarikat melihat potensi industri penternakan pada masa hadapan. Oleh itu pada pengakhiran tahun 2023, kami telah menubuhkan syarikat IMPI AGROTECH RESOURCES dan memulakan pembinaan kandang rusa moden dan rumah penyembelihan ruminan.

Syarikat kami mempunyai lebih banyak perancangan dan inovasi yang akan dirangka dan dilaksanakan pada masa hadapan demi memajukan sektor penternakan di Malaysia.

Visi & Misi

Visi

Menjadi syarikat tempatan dalam industri penternakan yang membekalkan segala kelengkapan ternakan, pembinaan kandang dan rumah sembelihan, ubat-ubatan, latihan industri, dan pemprosesan daging ruminan halal.

Misi

  • Memberikan khidmat yang terbaik kepada pelanggan dan penternak
  • Mematuhi piawaian yang ditetapkan dalam pengendalian haiwan ternakan untuk tujuan penyembelihan dan pemprosesan daging
  • Memberikan jaminan bahawa daging yang diproses adalah HALAL dan selamat untuk dimakan
  • Membantu dalam meningkatkan ekonomi setempat dan penternakan tempatan
  • Memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan produk daging halal

Servis Kami

Kami menyediakan pelbagai servis berkaitan penternakan dan pemprosesan daging halal untuk memenuhi keperluan industri penternakan Malaysia.

Kelengkapan Ternakan

Membekalkan kelengkapan haiwan ternakan, membina kandang moden dan rumah sembelihan serta membekalkan ubat-ubatan.

Nasihat Kesihatan

Memberikan khidmat nasihat dalam kesihatan, nutrisi dan kebajikan haiwan ternakan.

Latihan Penternakan

Memberikan khidmat latihan tentang penternakan ruminan kepada penternak.

Penyembelihan Halal

Memberikan khidmat penyembelihan dan pemprosesan daging ruminan mengikut piawaian halal JAKIM.

Logistik Penghantaran

Menguruskan logistik penghantaran daging kepada pelanggan.

Produk Kami

Daging Rusa

DI IMPI AGROFARM, kami menyediakan daging rusa segar dan frozen serta menyediakan servis pemotongan premium bagi peminat daging stik.

Spesifikasi:

  • • Daging segar dan sejuk beku
  • • Servis pemotongan premium
  • • Mengikut piawaian halal JAKIM

Daging Kambing dan Biri-biri

DI IMPI AGROFARM, kami menyediakan daging kambing dan biri-biri segar dan frozen serta menyediakan servis pemotongan premium bagi peminat daging stik.

Spesifikasi:

  • • Daging segar dan sejuk beku
  • • Servis pemotongan premium
  • • Mengikut piawaian halal JAKIM

Lantai & Palung Plastik

Spesifikasi:

Panjang:500 mm / 1000 mm
Lebar:38 cm / 100 cm

Kelebihan:

  • • Mudah dibersihkan
  • • Tahan lama
  • • Sesuai untuk kandang moden
  • • Mengikut piawaian kesihatan

Fasiliti Kami

Rumah Sembelihan IMPI AGROFARM

Kami mempunyai rumah sembelihan yang lengkap dan moden yang mematuhi piawaian halal JAKIM untuk memastikan setiap produk daging yang dihasilkan adalah halal dan selamat untuk dimakan.

Hubungi Kami Hari Ini

Adakah anda berminat dengan produk dan servis penternakan kami? Hubungi IMPI AGROTECH RESOURCES untuk mendapatkan khidmat nasihat profesional dan produk daging halal berkualiti tinggi.